Semalam terkena buasirlah pula.YA Allah,semua perkara serba tak kena.Nak tidurpun tak lena.Sebelum ni tak pernah pula kena.Dugaan betul.Setelah ke klinik dan masukkan ubat ke dalamnya,hari ni rasa ok sikit.Alhamdulillah.
Info Tentang Buasir yang dipetik dalam internet:
Pembesaran janin tekan saluran darah pada rektum menyebabkan bengkak, sukar buang air besar IBU hamil dinasihatkan mendpat rawatan di hospitalatau klinik sebagai
langkah pencegahan buasir.
Buasir atau hemoroid boleh berlaku kepada sesiapa saja sama ada lelaki atau wanita tetapi risiko ibu hamil lebih besar berikutan faktor tambahan iaitu tekanan janin terhadap saluran vena (darah).
Perubahan hormon progesterone juga sering mengakibatkan pergerakan usus menjadi perlahan. Berikutan kerja penghadaman yang semakin lambat, lebih banyak penyerapan berlaku menjadikan najis bertambah keras.
Pakar perbidanan dan sakit puan, Dr Jameaton Abdullah, berkata tubuh wanita mengalami proses biologi sepanjang kehamilan berikutan perubahan hormon sekali gus mudah diserang pelbagai penyakit termasuk diabetes, tekanan darah dan hemoroid.
Katanya, pembesaran janin dalam rahim akan menekan saluran darah pada kawasan rektum (dubur) menyebabkan ia mula membengkak. Tekanan otot dubur pada bengkak pula menyulitkan proses pembuangan najis malah pendarahan boleh berlaku apabila najis keras bergesel dengan buasir.
Kebiasaannya, tekanan akan berkurangan selepas kelahiran membolehkan bengkak kembali surut. Kadang kala ia semakin teruk hingga buasir boleh terkeluar ketika proses meneran untuk melahirkan bayi, katanya.
Jenis buasir:
Terdapat dua jenis buasir yang biasa menyerang :
1.Buasir dalaman yang tertumpu di bahagian dalam saluran rektum serta luaran yang juga bengkak terjulur keluar dari lubang dubur.
Lazimnya, buasir dalaman atau prolaps tidak menyebabkan sakit atau gatal kerana ia terletak jauh di dalam saluran rektum. Namun kekerapan meneran ketika membuang air besar boleh mencederakan bengkak sedia ada seterusnya mengakibatkan pendarahan.
2.Buasir luaran pula cenderung kepada simptom sakit, pedih dan gatal. Andainya ia tersepit, bekalan darah ke saluran ini akan terhalang yang mencetuskan kesakitan berganda. Uniknya kedua-dua jenis buasir ini boleh berlaku serentak.
Begitupun, buasir tidak akan berlaku mendadak kerana prosesnya terjadi secara berperingkat. Tahap pertama barangkali hanya rasa gatal dan sakit tetapi jika tidak dirawat ia akan mencapai tahap kronik hingga berlaku pendarahan.
Pencegahan:
Dr Jameaton berkata, sebaik saja ibu hamil mendapatkan rawatan pemeriksaan di hospital atau klinik kesihatan, langkah pencegahan awal adalah memberikan mereka nasihat mengenai corak pemakanan sihat termasuk untuk mengelakkan buasir.
Antaranya mengetepikan makanan pedas serta mengutamakan kelompok makanan tinggi serat seperti buah, sayur dan bijirin. Minum air kosong sekurang-kurangnya lapan gelas sehari juga mampu mengelakkan sembelit.
Kaedah sama juga boleh diikuti biarpun selepas melahirkan walaupun sebilangan orang lama berpendapat minum air yang banyak kurang elok ketika menjalani proses berpantang, katanya.
Faktor kebersihan pula tidak harus dipandang ringan terutama penjagaan pada bahagian dubur. Individu digalakkan mencuci bahagian ini sekerap mungkin dengan sabun dan air bersih. Penggunaan julap tidak disarankan kerana akan memburukkan keadaan.
Dr Jameaton berkata, aktiviti berendam di dalam tab mandi berisi air suam selama 15 minit, dua atau tiga kali setiap hari bukan saja menyegarkan badan malah mampu mengecutkan bengkak rektum.
Katanya, bagi mengurangkan kesan bengkak dalam kadar segera, penggunaan garam mandian yang boleh didapati di farmasi atau butik kecantikan cukup membantu. Fungsinya sama dengan air suam yang bertindak balas secara langsung iaitu mengecutkan bengkak.
Kaedah rawatan:
Ada dalam kalangan pesakit memberi tanggapan buasir sekadar masalah biasa malah ramai antara mereka segan untuk mengakui situasi yang dihadapi. Namun dalam kes wanita mengandung, kebiasaannya panduan doktor mengi-ngatkan mereka supaya sentiasa berjaga-jaga.
Jika ibu berkenaan masih diserang buasir walaupun langkah pencegahan sudah diambil, rawatan konvensional akan dilakukan yang tidak membabitkan pembedahan. Penyakit ini bukan seperti diabetes atau darah tinggi yang memerlukan pembedahan kecemasan kerana membahayakan ibu dan bayi.
Beliau menjelaskan, buasir masih di bawah kategori penyakit biasa. Ibu hamil tidak perlu gusar atau malu berjumpa doktor untuk mengurangkan masalah mereka. Pada peringkat awal, mereka akan diberikan supposatomy untuk mengecutkan bengkak. Ubat melembutkan najis seperti lactulose juga membantu.
Biasanya bengkak akan surut dengan sapuan krim. Benzokin mengurangkan kesakitan atau noradrenaline yang mengecutkan salur darah. Salap petrolatum (gliserin) pula dapat mengekalkan kelembapan kawasan hemeroid.
Begitu juga selepas kelahiran, tekanan disebabkan pembesaran bayi membolehkan keadaan rektum kembali seperti sedia kala sekali gus menyusutkan bengkak. Kaedah pembedahan pula adalah langkah terakhir yang dilakukan sekiranya kaedah konvensio-nal tidak memberi kesan. Pembedahan rubber banding atau haemorhoidectomy dapat memulihkan pesakit,katanya.
Dr Jameaton berkata, penyampaian ubat kepada buasir secara terus amat penting untuk menjamin pemulihan. Ubat akan disapukan ke bengkak buasir luaran manakala dalaman menggunakan ubat supositori atau paip.
Rawatan tradisional:
Penggunaan herba dipercayai dapat membantu menyelesaikan masalah penghidap hemoroid. Ia diedarkan dalam bentuk tablet tetapi sebilangan pengamal perubatan tradisional menggunakan kaedah bertangas. Daun herba pelbagai jenis termasuk pegaga akan direbus di dalam periuk dan pesakit buasir dibiarkan duduk di atas periuk berkenaan mengikut jarak bersesuaian. Wap daripada herba terbabit dikatakan mampu mengecutkan bengkak. Amalan tradisional lain adalah penggunaan minyak gamat asli yang sering digunakan bagi menyembuhkan luka. Malah bagi pengamal tradisional, kuda laut kering dikatakan antara ubat buasir.
Serangan semula???
Jika individu masih tidak mempedulikan soal pemakanan atau kembali kepada gaya hidup yang kurang sihat, potensi buasir kembali menyerang begitu besar. Begitu juga selepas buasir dipotong, jangan abaikan kebersihan diri. Seeloknya jangan culas mengikuti nasihat doktor biarpun anda sudah disahkan bebas daripada buasir.
Tanda Buasir:
1.Bengkak yang ketara.
2.Gatal pada lubang dubur.
3.Kepanasan pada kawasan dubur selepas membuang air besar.
4.Berdenyut-denyut.
5.Sukar membuang air besar.
6.Berasa tidak selesa selepas berdiri lama atau mencangkung.
7.Keluar darah ketika membuang air besar.
Punca:
1.Tabiat pemakanan yang kurang elok.
2.Kurang minum air.
3.Mengabaikan pengambilan zat tambahan.
4.Kurang bersenam.
5.Sembelit atau cirit birit.
6.Mengangkat benda berat.
7.Sentiasa duduk
8.Meneran (ketika najis keras atau sembelit)
9.Cirit-birit
10.Duduk mencangkung di dalam tandas terlalu lama
11.Batuk yang teruk
12.Hamil
13.Bersalin
http://herbaramuantaufiq.blogspot.com/
BalasPadampenawar buasir diyakini berkesan
0132739703 amir