Rabu, 7 Mac 2012

Dapur Gas / Elektrik

Akhirnya dapur yang telah lama dimiliki telah digunakan.Semasa buat ubahsuai dapur dulu,tauke ada bertanyakan kepada saya,tak nak ke beli dapur baru dalam RM 500 harganya.Bukan tak mampu tetapi dapur dah ada,tak perlulah membazir.Kotak dapur ni memang besar hingga tiada tempat nak letak.Tempat yang sesuai ialah bawah katil.Lama tersimpan di situ,berhabuklah pula bawah katil.Bila dah buat operasi mengemas bawah katil,jalan selamat supaya tempat tu tak berhabuk lagi,jangan simpan barang bawah katil.

Dapur ni saya tak belipun tapi hadiah daripada Anjung Seri.Dapur seperti ini senang sikit nak digunakan kerana ada tungku berbanding dapur induksi dalam ruang dapur kering yang mempunyai permukaan yang rata sebegitu.Wayar yang ternampak sedikit itu hanyalah penghubung untuk mendapat gas tanpa menggunakan pencucuh dan bukannya dapur elektrik seperti yang saya sangkakan sebelum ini.

dapur jenama Fotile dalam RM 1+++.baru lepas masak.ikan bakar dalam kuali aluminium tu diperap dengan sos tiram dan serbuk sesedap rasa saja dengan secubit garam.rasanya manis2,sedapp...


kurang selesa menggunakan dapur induksi sebegini kerana sukar nak mencari periuk yang sesuai.ada satu lagi dapur induksi yang 'single' hadiah daripada Anjung Seri juga.Hingga sekarang masih membeli AS biarpun beberapa ruangan dalam majalah tu dah tak sehebat dulu..

2 ulasan:

  1. Wahh cantik ye dapur induksi tu tapi betul gak, susah nak carik periuk yang sepadan ek. Kena pakai kuali leper je la jawabnya. Tapi letrik banyak tak guna? D.A: Menu Lunch/ Dinner -7

    BalasPadam
    Balasan
    1. dapur induksi tu digunakan masa proses ubahsuai dapur belakang saja.tak pasti pula guna elektrik byk / tidak.rasa tak selamat je guna dapur tu kerana periuk mudah bergerak sedangkan anak2 pula lincah semacam.

      Padam