Ahad, 29 September 2013

Site Frog VLE

Bermula pada 5 September setelah pandai masuk ke laman FROG,setiap kali buka FB,saya akan buka laman FROG pula walaupun tak pandai apa-apa,cuma kelik sana kelik sini sahaja.Alhamdulillah,tanpa buku pun hari ini saya dah pandai buat laman FROG.Semalam, saya tekun menghadap laptop setelah balik dari Mesyuarat Guru.Kebetulan anak yang kecil tidur,maka tiada masalah nak berlama menghadap laptop.
Baru sekarang ada masa unuk belajar tentang FROG memandangkan minggu depan pelajar tingkatan 3 sudah menduduki PMR.
Tahun ini,kelima-lima kelas yang diajar merupakan kelas peperiksaan.Terasa sangat terbeban,maka kepenatan dan tekanan diluahkan di dalam blog.
Catatan dalam blog sudah mencapai 6 ratus lebih dan jumlah paparan halaman pun hampir mencecah 100 ribu.Berblog setiap hari tiada masalah kerana sudah 4 tahun saya berblog.Untuk membuat catatan biasa,tiada masalah tapi untuk aplikasi-aplikasi yang lain,saya belum pakar.
Tercabar dengan diri sendiri,semalam saya mencuba lagi di laman FROG.Alhamdulillah,akhirnya berjaya.








Tiada ulasan:

Catat Ulasan