Untuk catatan yang ke-753,dah berminggu-minggu saya simpan catatan untuk panghadang dapur ni.Sudah beberapa kali berhasrat nak pasang penghadang di tepi dinding yang bercermin supaya dapat buat pagar sebelum ke ruang dapur tapi tak menjadi saja.
Ada-ada saja halangannya tapi saya gigih mencari idea supaya penghadang tu tak menjadi masalah bagi ruang dapur.Suami memang tak setuju tapi saya yang perlu berhadapan dengan kerenah anak-anak lebih lama daripadanya terasa sangatlah stressnya.
Sudah beberapa kali air masak tumpah dan si kecil tu jatuh kerana lantai licin.Ini gara-gara si kecil Akmal suka sangat meneroka di dapur sehingga hilang fungsi dapur yang sebenar.Pintu kabinet,pintu peti ais mesti diikat.Jika tidak,habislah barang-barang dipunggah.Pantang terlupa,mulalah dia buat kerja.Kebiasaannya,abang-abang dan ayahnyalah yang selalu lupa untuk buat apa-apa yang patut supaya barang-barang tidak diselongkar.Makanya,makin banyak kerja yang perlu dibuat.
Alang-alang memikirkan penghadang,biarlah dapat cari yang istimewa sikit...Inilah antara idea yang ada dalam fikiran
![]() |
| cantik juga idea ni.ruang-ruang yang ada bolehlah diperagakan dengan perhiasan yang kecil-kecil tersimpan dalam kabinet dapur... |
![]() |
| nampak macam biasa saja |
| mula-mula berkenan dengan rak ni tapi muatkah di ruang yang terhad tu? |
| apabila nampak idea ini,sesuai sangat di ruang yang terhad tu..kononnya nak buat seperti ini |
Nota kaki:memang mudah untuk berangan-angan.moga-moga dipermudahkan untuk memujuk suami...idea rasanya sudah hebat...duit dan hujahan saja tak hebat untuk cairkan hatinya...




alahaiii..bukan mudah nak menjaga anak lasak. nak kena siap sedia pasal barang kat dapur kadang2 bahaya untuk anak. semua nak kena ikat bagai..
BalasPadamItulah jantung hati...ada org menghias rumah bila anak dah besar.tapi sy tak boleh mcm tu, makin bosan rasanya.ada hikmah juga tu, byk idea yg timbul ...beri kelainan juga tu
Padamsuka idea penghadang macam dalam magazine tu.. :)
BalasPadamDah lama tak belek2 majalah sbb dah ada laman sosial tentang deko...ini yg buat tak sabar ni...
Padam