Jumaat, 18 November 2016

Penapis Air Coway

Cuti sekolah bulan 9 tempoh hari saya berurusan untuk dapatkan penapis air ni.Hampir seminggu kemudian baru ada ejennya datang ke rumah untuk proses pemasangan.
Dapat hadiah botol air Tupperware hijau.Sukanya.


Besar juga penapis ni.Ada 4 suhu air iaitu panas,suam,sejuk dan biasa.Anak-anak suka minum air sejuk...ketiga-tiga mereka dah pandai buat air oren dan ribena sendiri pula tu.

Air dari penapis ni kurang panas...untuk dapatkan air teh yang pekat kena guna 1 uncang bagi secawan air tu.Jika buat air seteko,memang kena tambah uncang teh.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan