Rabu, 28 Disember 2016

Tingginya...Makan Apa?

Gambar masa ke Zoo Negara mac lalu.sekarang anak sulong makin tinggi

"Tingginya.Makan apa?"Itulah yang ditanya oleh salah seorang jiran apabila melihat Ammar.
Saya tersenyum saja sebab dia memang cepat membesar.Sejak ada adik bongsunya, dia memang jarang-jarang main di luar rumah kerana susah nak memantau tiga beradik tu.Peraturan sebegitu menyebabkan dia seakan tak berminat nak bermain di luar sejak beberapa tahun dulu.Makanya dia kurang dikenali oleh jiran-jiran.Kini,kadangkala timbul pula kecenderungannya nak bermain di luar.Nasib baiklah adiknya yang kedua sudah pandai membawa diri.

Nota kaki:Bila anak cepat membesar,makin susah saya nak mencari pakaiannya terutama seluar jeans.Nasib baik jumpa seluar yang sesuai di Pasar raya MM.
Perubahan masa juga menyebabkan saya malas nak keluar rumah.Jika dulu selalu lepak di luar rumah sambil perhatikan anak-anak bermain tapi kini anak-anak jarang-jarang bermain di luar,makanya memang tiada sebab nak lepak2 di luar rumah

Tiada ulasan:

Catat Ulasan