Khamis, 8 Jun 2017

Baju Raya 2017

Sebut pasal baju raya,tertekan juga kerana suami bukannya tiap-tiap tahun nak beli baju Melayu.
Nak sedondon memang tak bolehlah. Makanya,saya kena pandai-pandailah memilih warna baju anak-anak. Tahun ni,saya membeli baju coklat untuk anak-anak.Saiz untuk suami tak ada,makanya memang tak beli.Pada mulanya memang nak suami pakai baju tahun lepas saja.Saya akan mencari baju yang sama warna dengan baju suami.Bila dah begitu perancangan saya, elok-elok tiba bulan Ramadan,suami asyik pakai baju Melayu tu saja untuk ke surau.Sebelum ni,hanya pakai masa raya saja.Bila dah macam tu, nak dijadikan baju raya pun dah tak seronok.Bukannya tak nak beli untuk suami,tapi dia sendiri yang tak kisah.Nak buat macam mana tu?Tapi sebenarnya, nak memberi pengajaran secara tersirat kepada suami supaya ambil berat sikit pasal baju raya tapi ada kalanya dia buat-buat tak faham.Makanya, pakailah apa yang ada.
Hati mula tak senang bila hari-hari suami pakai baju Melayu yang saya beli tahun lepas tu.Nak pakai baju mana pula ni bila raya?Nakkah dia membeli baju tahun ni?Tiba-tiba saya teringat..ada sehelai baju Melayu merah yang dibelinya beberapa tahun lepas tapi belum dipakainya.Maklumlah beli yang dah siap selepas raya.Memang susahlah nak baiki baju tu jika bukan untuk dipakai masa raya.
Nampaknya saya kena tukar warnalah ni.Sebelum ni dah ada baju ungu,sekarang dah kena tukar merah pula.Fikir-fikir..saya ada baju merah biru untuk tema merdeka nanti.Nasib baiklah ada,tak perlu beli.Tapi sebenarnya suka saja kalau kena beli baju baru sebab kebanyakan baju saya hanya beli atas talian.

Hijau warna kegemaran..

Inilah baju merah biru.nanti disesuaikan dengan tudung merah.Tudung merah ada.malas dah nak beli yang baru setakat ni.
Gambar-gambar ni baju yang saya berkenan tapi perlu mengawal diri kerana sangat banyak dah membeli baju baru.







Nota kaki:Suka beli baju pelbagai warna supaya senang nak sesuaikan dengan apa-apa tema terutamanya untuk majlis di sekolah.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan