Isnin, 12 Jun 2017

Baju Raya(2)

Salam Nuzul Quran..
Sambung lagi mengenai baju raya.Sangkakan dah selesai baju raya kami suami isteri gara-gara nak berjimat tapi rupa-rupanya belum selesai juga.Bila tiba masa untuk pendekkan bahagian kaki,baru perasan bahawa baju Melayu suami tu bukannya merah tapi maroon.Terperasan bila saya guna benang merah untuk jahit pada bahagian kaki,terserlah kontranya.Nak tak nak memang kena cari benang maroon dan saya pun kena beli baju maroon juga.Berkenan juga dengan baju pucci ni,akhirnya beli yang ni.
Harap-harap ukurannya selesa.
Masalah ummi dah selesai.Masalah anak tetuna pula.Dia makin tinggi,susahnya nak cari seluar yang sesuai dengannya.Dua tahun lepas,terbeli seluar untuk anak perempuan.Masing-masing tak perasan sebab beli di pasar pagi menjelang raya.Kesudahannya,simpan saja seluar tu.Lepas tu baru bermula misi mencari kedai yang menjual seluar yang sesuai untuknya dengan harga yang berpatutan.Tak perlu fikir soal jenama kerana kami bukannya mementingkan jenama pun,asalkan ok saja.Alhamdulillah,jumpa di Pasar raya MM.Tahun lepas dah beli dua helai,hingga sekarang masih baik lagi.Makanya,memang tahun ni saya mesti beli di situ.

Nota kaki:belum beli baju tshirt anak-anak.sehelai seorang pun ok kerana sebelum ni memang dah beli baju untuk mereka.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan