Selasa, 4 Julai 2017

Hari Raya Puasa 2017:0-0

Lewat petang Sabtu baru kami bertolak dari rumah menghala ke Terengganu.Cadangnya petang sebelumnya dah nak bertolak balik tapi tiba-tiba pagi Jumaat tu suami mengalami sakit perut,maka perjalanan kami ditangguhkan sehari.Ok juga kerana 2/3 hari sebelum ni agak sibuk berulang ke Seri Kembangan atas urusan kereta,hari Khamis baru berpeluang mencuci baju dan petang tu baru sempat mengemas baju.Kami berbuka puasa di Batu Caves,dalam kereta sahaja.Kurma pun lupa untuk bawa,makanya makan roti dan minum air Yakult serta teh o saja.Jalan raya tak sibuk dan perjalanan lancar saja.Alhamdulillah..
 Di setiap RnR banyak saja kereta yang berhenti.Kami jarang berhenti semata-mata nak makan bila ke mana-mana kerana dalam kereta memang dah disediakan makanan ringan.Kami berhenti untuk solat dan jika mengantuk.Sambil-sambil tulah saya membeli makanan yang dibungkus,bukannya makan di meja makan tu.Dengan cara ni,jimat masa sikit.
Selesanya Akmal tidur..mereka tidak lagi bergaduh untuk berebut tempat tidur terutamanya Adib yang memang tak tahu nak tidur menyandar.
Dalam perjalanan,tiba-tiba tekak saya nak makan mi.Kalau boleh bungkus mi goreng pun sedap juga.Kononnya bolehlah beli mi goreng bila berhenti untuk solat Isyak di RnR Kuantan.Dapat beli maggi panas pun ok juga.Bila dah berhenti di situ,alahai,kecilnya tempat rehat tu.Hanya ada satu gerai saja.Itupun gerai jual buahan potong dan makanan ringan.Maggi pun tak ada.Jam 1 pagi kami sampai di Permaisuri,Setiu.Suami berhenti di stesen 
minyak di situ,alhamdulillah dapat beli maggi panas.Adib makan agak lambat sedangkan sebelum ni cepat saja dia makan.Hampir jam 3 pagi baru kami sampai di rumah kakak sulong.Semua dah tidur,satu hal pula nak mengejutkan orang tidur.Baju raya semua dah digosok awal-awal,makanya saya boleh tidur dengan lena dalam beberapa jam tu.

Pagi raya sempat bergambar-gambar.

Hari raya kedua,lewat petang baru keluar tapi bukan pergi beraya tapi jalan-jalan.Sebelum tu,beri peluang untuk anak-anak main dengan sepupunya.

Raya ketiga berjaya beraya di rumah sahabat lama.Dua kawan masa belajar di USM dulu.

Raya keempat,dah nak balik ke Selangor tapi singgah ke rumah adik dan kakak di KT dulu.Masa nilah saya alami cirit-birit akibat banyak makan tapai pulut sepanjang raya ni.Terpaksa bertolak ke Selangor juga walaupun perut tak sihat.Alhamdulillah,jalan tak sesak sepanjang perjalanan balik walaupun pada mulanya jalan ke arah tol KT agak sibuk.Bila ubah jalan dan melalui tol Kuala Berang,jalan ok.Perut pun ok bila sampai di rumah dan terpaksa ke tandas untuk kali ke-10.Leganya..



Buah limau dan mangga epal yang dipetik dari rumah kakak.Setelah

Sesi mengemas rumah baru bermula..

Hanya ada dua biskut dalam balang..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan