Isnin, 10 Julai 2017

Suka dengan Baju Raya Ni

Mula-mula memang nak beli baju dengan Butik Ayanna ni tapi tak jadi.Belilah baju yang ada corak Pucci.Bila beli,macam tak masuk pula dengan baju Melayu suami.Ada-ada saja alasan untuk membeli baju baharu.Aduhai...itulah kelemahannya.Saya tidak obses dengan tas tangan dan kasut tapi sangat mudah untuk membeli baju.Dalam berkira-kira nak beli baju lain,tiba-tiba lalulah baju yang murah dari Butik Yuma.RM 65 sepasang dan kos pis RM 10.Maknanya RM 75 sepasang.Pada saya agak murah.Cuba ringankan tangan hantar whatsapps kepada pengiklannya.Hanya ada sehelai saja warna maroon tapi dia tidak pasti saiznya kerana pemilik butik tersebut dah balik ke rumah.Dengan sabarnya saya menunggu.Esoknya saya dapat mesej,memang saiz yang dikehendaki.Alhamdulillah,rezeki saya.




Bila pakai ke sekolah,ada kawan yang tegur,cantik bajunya.Memang kembanglah hidung..

Nota kaki:Memang kain akan dipotong sikit bahagian bawahnya supaya ukuran sesuai.Begitu juga dengan bahagian tangan.Saya lebih suka letak getah saja pada bahagian tangan baju supaya bercekak.Mesin jahit memang digunakan untuk tujuan tu.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan