Ahad, 13 September 2015

Kelas 3 B2 Menang

Biarpun hadiahnya hanya sekeping coklat untuk setiap pelajar yang seramai 36 orang,namun kejayaan itu sangat bermakna.Jerihnya nak menasihati mereka supaya kekalkan keadaan kelas yang bersih.Kemenangan dikira berdasarkan jumlah kemenangan mingguan.Untuk tahun hadapan,belum pasti saya akan memperoleh pelajar seperti ini.Walaupun begitu,sebagai guru saya sentiasa bersungguh-sungguh untuk menceriakan kelas.Selebihnya terpulanglah kepada mereka untuk mengekalkan keadaan yang sedia ada.







Nota kaki:banyak bingkai gambar yang tak digunakan,tahun depan bolehlah digantung di kelas..

Sabtu, 12 September 2015

Jam di Dapur

Tahun lepas,dah ada cerita mengenai jam sudu di fb tapi saya buat tak tahu saja kerana tiada warna hijau.Tahun ni,ada lagi cerita ni timbul.Ramai pula tu yang sedang mencarinya.Makanya,saya pun terjebak juga.Risik-risik dengan rakan,jam ni ada dijual di Hinode Shop.Kalau dulu kedai ni barang-barangnya hanya RM 5 tapi sekarang dah RM 6.Kedai paling dekat ialah di Tesco Setia Alam.Selepas waktu sekolah semalam,saya ke sana walaupun berjerebu tebal.Alhamdulillah,jam yang dicari ada..

RM 15.90.32x12 cm jam ni.Besar sikit tapi jamnya tetap kecil.

RM 12.90 saja.25x12cm saja ukuran jam ni.agak kecil sebenarnya.





Ahad, 6 September 2015

Memerdekakan Diri ke Kaison Setia City Mall

Penangan PT3,sebulan di awang-awangan menyiapkan penandaan sejarah sebelum tarikh berakhirnya menjengah.Dalam kesibukan itu juga PT3 lisan mendengar dan bertutur juga bermula.Tambah lagi kerja.Sebulan tak sempat nak kemas kini blog.Sangat mencabar jadual bulan Ogos.Pada hari kemerdekaan lalu,barulah selesai penandaan sejarah PT3.Leganya.
Selepas itu,barulah berkesempatan ke Setia City Mall.Tempat yang nak sangat dituju ialah Kaison.Mencari-cari juga kedai ni.Nasib baiklah bawa Ammar,dia yang mencari lokasi Kaison melalui peta yang ada dalam bangunan SCM tu.Dah lupa tingkat yang keberapa tapi tingkat dua yang terakhir,berdekatan pawagam.
Sangat teruja melihat kertas dinding berpelekat.Serupa corak yang ditampal di ruang makan,tapi coraknya kelihatan agak bertindan,kurang cantik sikit.Memang tak beli apa-apa pun,sekadar cuci mata sahaja walaupun agak berkenan dengan basikal hiasan.Yang dibeli di Mr Diy tempoh hari masih di dalam plastik lagi.Basikal hiasan yang ada di Kaison ni lebih besar saiznya berbanding yang dijual di Mr Diy tu comel je.Melihat bunga pun geram semacam jadinya tapi tak juga membelinya.