Sabtu, 2 April 2016

Memburu Pinggan Hijau

Sumber fb..kemaruknya mencari pinggan seperti ini yang warna hijau.Sampai sekarang tak nampak bayang...

Sebelum ni saya pernah nampak dalam katalog Giacomo tak silap,gambar pinggan hijau macam ni.Mintalah akak yang jual pinggan kat sekolah bawakan katalog.Berkobar-kobar membelek katalog tu.Memang tak ada,yang ada hanya biru,merah dan coklat.Nak ubah citarasa?Memang suka hijau..






KK Home Deco Plaza Shah Alam

Jenuh juga mencari KK Home Deco di Plaza Shah Alam ni(Plaza Masalam).Rupa-rupanya depan Satey Station.Sebelum ni ada di SACC Mall,tapi tahun ni dah pindah.Susahlah sikit nak singgah bila dah jauh.Tempat baharu ni kurang menarik sikit.
Dah lama pergi kerana nak mencari pinggan hijau.Tahun ni memang kemaruk nak mengumpul pinggan hiasan hijau.Pinggan yang dicari ialah yang berbentuk 4 segi tapi hanya tinggal satu saja.Saiz kecil pula tu.Terpaksalah cari di tempat lain.Alang-alang dah sampai,beli juga pinggan yang bulat tapi tak dideko lagi.Mungkin bila nak raya baru ada semangat sikit.









Jalan-jalan ke Zoo Negara

Cerita 19 haribulan yang lalu..
Setelah 5 tahun tak ke Zoo Negara,jejak juga ke sana sebelum buka sekolah yang lalu.Nak ke zoo pun kena ada bajet,jika tak memang tak merasalah.Macam manalah bagi yang tak mampu tu?Itulah yang terfikir bila tiket saja dah melebihi RM 150++ untuk empat ahli keluarga kami.Memang nasib malang sikit,masa ke sana kami hanya sarapan ringan saja di rumah.Bila dah tengah hari, lapar pula.Kos lagi.Makan burger,aiskrim dan air saja pun dah hampir RM 50.Belum lagi ditambah kos kami bergambar.Alang-alang dah bergaya cantik dan sorting semua,makanya saya pun belilah gambar tu.RM 120 untuk 7 keping gambar yang diletak di bingkai gambar.Gambar-gambar yang lain diberi.Semua gambar 31 keping kerana kami melalui dua sesi penggambaran kerana sesi pertama tak menjadi.Memang puas hati kali ni kerana banyak tempat yang kami singgah hingga kaki Akmal bila malamnya.Kasihan pula dia..