Sabtu, 2 April 2016

Jalan-jalan ke Zoo Negara

Cerita 19 haribulan yang lalu..
Setelah 5 tahun tak ke Zoo Negara,jejak juga ke sana sebelum buka sekolah yang lalu.Nak ke zoo pun kena ada bajet,jika tak memang tak merasalah.Macam manalah bagi yang tak mampu tu?Itulah yang terfikir bila tiket saja dah melebihi RM 150++ untuk empat ahli keluarga kami.Memang nasib malang sikit,masa ke sana kami hanya sarapan ringan saja di rumah.Bila dah tengah hari, lapar pula.Kos lagi.Makan burger,aiskrim dan air saja pun dah hampir RM 50.Belum lagi ditambah kos kami bergambar.Alang-alang dah bergaya cantik dan sorting semua,makanya saya pun belilah gambar tu.RM 120 untuk 7 keping gambar yang diletak di bingkai gambar.Gambar-gambar yang lain diberi.Semua gambar 31 keping kerana kami melalui dua sesi penggambaran kerana sesi pertama tak menjadi.Memang puas hati kali ni kerana banyak tempat yang kami singgah hingga kaki Akmal bila malamnya.Kasihan pula dia..


























Tiada ulasan:

Catat Ulasan