Isnin, 25 April 2016

Projek Kertas Dinding Mr Diy(1)

Projek beberapa minggu lepas..
Nak menyiapkannya agak mencabar juga namun selesai juga hujung minggu pada hujung minggu lepas.
Hari Ahad dah ke Mr Diy di Tesco Setia Alam untuk cari kertas dinding yang lebih kurang corak macam ni kerana nak selangkan dengan dua corak. Pada malamnya,kertas dinding yang lama dah ditarik.Cat terkopek di bahagian yang digamkan kerana kertas dinding dulu kurang lekat sikit,makanya kenalah gam.

Kesan gam.



Apabila nak menampal kertas dinding pada sebelah petang Isninnya,(tak pernah buat kerja menampal kertas dinding masa hari kerja,tapi dah semangat sangat,korbankan waktu tidur petang)kertas dinding di atas yang dibeli pada penghujung 2014 tu dah tak lekat langsung walaupun gamnya masih ada.Hati mula gelisah.Makanya,terpaksalah guna kertas dinding Mr Diy tu.Nasib baik beli dua corak.Alhamdulillah,dapatlah siapkan untuk bahagian ruang makan.
Memang nak cari di tempat lain macam GM tapi tak mampu nak ke sana.Reda sajalah guna yang murah ni.
Hujung minggu kemudiannya saya buat  pula untuk bahagian ruang menonton.Tak cukup satu gulung untuk siapkan ruang tu.Terpaksa pergi lagi ke Tesco.Nasib baik ada tiga gulung dan petang itu juga saya dapat siapkan.Nasib baik guna yang corak berjalur seperti itu,tak ketara sangat bila terpaksa menyambung kertas dinding tu kerana selalu senget di bahagian bawahnya.Makanya,kenalah potong supaya tak senget dan tak kedut. 



kurang sikit saratnya dinding ni..maklumlah dinding pun nak dideko-deko juga...


bahagian ni banyak yang kena tampal tapi tak ketara sangat kesan tampalan tu..

Pelekat yang dibeli di Eco RM 2 di Besut masa raya dulu,baru digunakan.nasib baik juga tampal kertas dinding dulu baru tampal pelekat tu.kalau lekat di dinding bersimen,rasanya tak tahan lama.




sekarang dalam proses nak menampal di bahagian ruang tamu tu pula tapi belum cukup kertas dindingnya.

Nota kaki:Jangan simpan kertas dinding yang bergam lama-lama,nanti gamnya tak lekat...ada lagi projek ketas dinding Mr Diy di bilik tetamu tapi belum dibuat lagi kerana bilik tu sentiasa bersepah..nak kena kemas dulu baru boleh mula.tapi,nak memulakannya,alahai malasnya...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan