Sabtu, 2 April 2016

KK Home Deco Plaza Shah Alam

Jenuh juga mencari KK Home Deco di Plaza Shah Alam ni(Plaza Masalam).Rupa-rupanya depan Satey Station.Sebelum ni ada di SACC Mall,tapi tahun ni dah pindah.Susahlah sikit nak singgah bila dah jauh.Tempat baharu ni kurang menarik sikit.
Dah lama pergi kerana nak mencari pinggan hijau.Tahun ni memang kemaruk nak mengumpul pinggan hiasan hijau.Pinggan yang dicari ialah yang berbentuk 4 segi tapi hanya tinggal satu saja.Saiz kecil pula tu.Terpaksalah cari di tempat lain.Alang-alang dah sampai,beli juga pinggan yang bulat tapi tak dideko lagi.Mungkin bila nak raya baru ada semangat sikit.









Tiada ulasan:

Catat Ulasan