Jumaat, 29 Oktober 2010

Banyaknya kerja

Cuti Deepavali ni saya akan ke Langkawi.Saat sebegini rasa macam tak nak ke mana-masa pun kerana banyak kerja yang perlu diselesaikan.Bertugas di Bilik Peperiksaan tidak memberi ruang untuk saya menyelesaikan kerja-kerja menanda kertas BM dan Sastera dengan tenang.Pendek kata,tidak sempatpun saya nak menanda kertas peperiksaan.Masa yang ada penuh dengan kerja mengejar guru yang lambat masuk kelas dan mengurus fail peperiksaan.Saat sibuk begitupun,sempat lagi saya mengemas kini blog dan membelek fb.Dua perkara tu rutin.
1.Semak kertas BM
2.Semak kertas sastera
3.Siapkan fail ULBS
4.Siapkan fail PATS
5.Kemas kini profil pelajar
6.Buat surat pertuduhan gantung-bila akhir tahun saja,ramailah pula pelajar yang ponteng sekolah hingga 40 hari.
7.Buat TOV tingkatan 4
8.Siapkan sijil PLBS t3
9.Siapkan markah sivik-folio

Kerja yang sepatutnya siap masa peperiksaan PMR pun belum juga dapat disiapkan.Sekarang tambah pula kerja baharu...haru biru juga jadinya.Ya Allah,permudahkan saya untuk menyiapkannya...

Ini belum ditambah kerja-kerja rumah yang tidak pernah siap.Sabar sajalah...

Rabu, 27 Oktober 2010

Operasi Buka Kotak

Pertama kali saya mengikuti operasi ini.Berdasarkan surat yang diterima,operasi bermula pada pukul 7.30 di SMK Bukit Gading.Jam 7 lebih baru saya bertolak dari rumah kerana tempat yang dituju tidak jauh dari rumah.Sampai sahaja di sekolah,kebanyakan guru yang ditugaskan sudah sampai.Sebelum memulakan kerja,kami bersarapan terlebih dahulu.Jam 8 pagi barulah operasi bermula.

Semasa sesi taklimat,saya memang tidak memahami apa yang perlu dilakukan sehinggalah tiba waktu praktikalnya.Dengan berbaju kurung,kerja-kerja membuka kotak agak terganggu sedikit kerana pergerakan agak terbatas.Patutlah ramai guru yang hadir berbaju t-shirt dan berseluar.Rupa-rupanya itu jawapannya.Tiga jam operasi mengelaskan soalan2 SPM bagi pusat yang ditugaskan.Kerja ini dilakukan oleh tiga orang setiap kumpulan.Kerja2 mengangkat kotak memang tidak larat dilakukan oleh orang perempuan,nasib baiklah ada lima orang guru lelaki dalam kumpulan kami.Merekalah yang melakukan kerja2 yang berat.

Kemudian,sesi kedua pula bermula iaitu operasi memasukkan soalan2 ke dalam kotak.Sesi ini memakan masa dua jam.Memang penat OBK.Barulah saya faham cara penyusunan soalan peperiksaan dibuat di bilik kebal.Kelakarnya,masa nak balik barulah saya tahu bahawa akak yang agak rapat dengan saya di sekolah tinggal di depan rumah saya.Ya Allah, kecilnya dunia ni.Selama ni saya asyik berbasikal dan menemani anak2 bermain di luar rumah,tapi tidak pulak saya terserempak dengannya.

Ahad, 24 Oktober 2010

Galeri Keluarga



Baru siap sebelum pergi berkursus pada hari Ahad yang lalu.Guna paku saja supaya tak menyusahkan diri.Nasib baik dapat lekat dengan baik.Namanya galeri keluarga,macamlah banyak benda yang ada tetapi hanya beberapa gambar yang dapat digantungkan di situ.Akhirnya di ruang menonton di tingkat atas tempat yang sesuai.Pada mulanya kawasan di tangga yang akan dijadikan galeri keluarga tapi tak sesuai pula bila difikirkan kerana terlalu terbuka.Malu juga bila gambar kahwin diletakkan di tempat umum.Begitu juga dengan gambar yang dapat APC dan artikel dalam majalah Mingguan Wanita.Tapi,gambar2 tulah yang beri kelainan sebenarnya.Nampaknya di ruang menonton juga tempatnya.Ruang itu jarang2 digunakan.Bingkai gambar yang kecil tu belum penuh lagi gambarnya sebab tak ada pula gambar 3R yang sesuai untuk diletakkan di situ.Kena cuci gambarlah pula ni