Rabu, 24 November 2010

Kenangan Zaman Persekolahan

Sudah dua hari saya bertugas mengawas peperiksaan SPM. Ulser mulut kian baik tetapi semalam memang tak boleh makan nasi.Hanya bihun berkuah sahaja yang dapat ditelan setelah agak kelaparan.Petang ni baru boleh makan nasi.Dua pinggan berjaya dihabiskan.Itupun dengan adanya budu sebagai pembuka selera.Orang Pantai Timur,memang tak boleh berenggang dengan budu.Bila mengawas SPM untuk subjek BI tadi memang bosan. Semalam sempat pula saya mencuri-curi membaca jawapan murid kerana subjek yang saya ajar. Sedikit sebanyak tahu juga cara nak menjawabnya,bila tiba subjek BI,termenung panjanglah saya di dalam dewan tu hingga mengantuk dan nak terlelap.Bila dah begitu,mulalah saya terkenangkan zaman saya menjadi pelajar di tingkatan 4 dan 5 dulu.

Saya menduduki SRP yang terakhir.Berkat kerajinan setelah turun kelas semasa di tingkatan 3,saya berjaya mendapat keputusan yang di luar jangkaan.Maka,terpelantinglah saya seorang diri ke kelas sains sosial.Rakan2 seperjuangan yang lain saya tinggalkan.Bermulalah episod baharu saya bersama rakan-rakan yang baharu.Pada mulanya memang saya sukar untuk menyesuaikan diri dengan rakan-rakan dan keadaan sekeliling.Sampai sahaja seawal pagi,rakan2 tekun menyiapkan kerja sekolah.Jarang-jarang sekali mereka bersembang kosong.Maklumlah kami amat takut dengan cikgu yang mengajar kami terutama kepada cikgu prinsip akaun.Jika kami tidak dapat menjawab soalan yang disoal,maka akan keluarlah kata-kata ini daripada mulut cikgu pakar kami, ‘mung sipang nota dale buku,bukang dale pale’(loghat Terengganu).Kini,kata-kata ini saya gunakan kepada pelajar saya pula.

Jika tidak menyiapkan kerja rumah yang diberikan,tak dapat pula saya mengingatnya kerana saya tak pernah tak siap kerja.Tak boleh jawab soalan yang ditanya,memang ada.Tetapi renungan mata cikgu Nordin amat kami ditakuti.Pada masa ini,kami memang hanya meniru kerja akaun yang tidak dapat disiapkan.Sambil meniru jawapan daripada kawan,pada masa inilah kami mengenalpasti jawapannya dan tidaklah menru semata-mata.Angka2 yang dibawa ke bahagian debit dan kredit dikenalpasti punca dan sebabnya.

Sekadar melepaskan pandangan ke bangunan sebelah setelah penat berhadapan dengan subjek2 yang agak menderita jiwa kononnya,saya terminatlah pula seorang dengan seorang mamat di kelas sebelah.Maklum sajalah,bila saja pertukaran guru,ada antara mereka yang mula berkeliaran di luar kelas dan bersembang di koridor.Alahai. Pembakar semangatlah konon. Masa ini saya dah dapat menyesuaikan diri dengan rakan2 cuma agak tertekan dengan subjek yang diambil.Hendak ke sekolah pun terasa malas,tetapi saya tidak pernah ponteng tanpa sebab.Bila dah ada ‘secret admire’, semangat untuk belajar tiba-tiba muncul.

Entah dari mana datangnya.Daripada balak itulah agaknya sedangkan dia sendiri tidak tahu-menahu tentang hal ini dan dia pun tak berbuat apa-apa.Pernah juga kami terserempak,tetapi saya buat selama waima hati memang berdebar-debar.Entah macam mana saya membuka mulut kepada rakan2 yang rapat.Alahai,ingatkan boleh berkongsi cerita secara senyap2 tetapi rupanya dah terbocor dan telah sampai ke pengetahuannya.

Aduhai,malunya.Saat ini memang kelakar,bila dia tahu seorang daripada kami berempat meminatinya,pernah satu ketika dia menutup mukanya dengan buku apabila bertembung dengan kami.Pada masa ini,kami memang buat selamba sahaja.Bila habis tingkatan 4,cerita tersebut berakhir begitu saja dan kami tak pernah bersemuka.Malu…takut dikata perigi mencari timba.Pengajarannya,banyak cara untuk memotivasikan diri,terpulanglah kepada kita untuk memilih caranya,jangan pula mengambil cara yang salah.Seboleh-bolehnya,ambillah pendekatan yang tidak menyusahkan diri.


-kawan2 semasa di t4 dan t5 dulu.sekarang masih berhubung lagi melalui fb-

-semasa di tingkatan 5-kecut perut kalau ada jadual PA

Isnin, 22 November 2010

Apa Nak Buat Cuti Panjang?

1.Mengawas SPM hingga 16.12.Berapa harilah yang tinggal untuk betul2 bercuti?
2.Cari buku KOMSAS T5.Kena baca buku baharu lagi
3.Cari buku sastera dan baca buku sastera t5 pulak.
4.Menulis-dah lama tak menulis..yang ada tak siap2 lagi.huhu
5.Barang hiasan masih ada banyak yang belum digantungkan.Inilah masanya.Dah penuh ruang rumah dengan barang2 hiasan.Apa dipeduli,rumahku,syurgaku.itulah satu-satunya cara untuk mencuci mata paling mudah dan murah.Bilik2 diatas pun blm dikemas dengan sempurna..Dah jadi stor pula
6.Mahirkan diri memandu kereta.Biarlah orang lain dah serata alam memandu kereta,tapi saya baru nak mula.Yang penting boleh memandu
7.Cuti2 Malaysia...
8.Akan difikirkan.....

Mampukah nak buat semua ni?Senaraikan dulu,sekurang2nya dah ada aktiviti yang perlu dilakukan...

Selamat Bercuti

Hari Rabu lepas lagi sekolah mula bercuti.Cuti Raya Haji sambung dengan cuti sekolah.Bagi mereka yang tidak bertugas sebagai pengawas SPM,memang dah boleh bercuti.Nampaknya cuti saya hujung tahun ni agak berisi.Terisi kerana bertugas menjaga SPM.Setiap hujung tahun pun,bukannya saya akan balik ke kampung dalam tempoh yang lama bila cuti sekolah.Suami tetap bekerja,jadi saya memang menghabiskan cuti di rumah saja.Menjadi suri rumah sepenuh masa.Bila habis cuti sekolah,anak yang kedua mulalah manja semacam.
Kawan2 yang minta berpindah masih tertanya,ke manakah mereka ditempatkan.Bertuahnya mereka jika dapat mencelah di SMK SU tu.Teringin juga mengajar di sekolah yang dekat dengan rumah,tapi biarlah dulu.Saya sudah selesa dengan suasana sesi pagi,lagipun saya masih baru di BB,baru setahun.Biarlah berada di zon selesa,barulah berfikir untuk berpindah.Tahun ni tekanan di tempat kerja agak kurang biarpun kerja melambak-lambak setiap hari hingga membawa hujung tahun.Mengajar sesi pagi dalam subjek BM dan sastera tidak memberi tekanan sangat kerana suka dua subjek ini.Paling tidak pun cerita di tv masih boleh menjadi modal untuk mengajar.Pernah saya menyebut tentang slot lagenda-'Dendam Orang Minyak' semasa mengajar KOMSAS.
Hari ni agak lega sebab hampir semua kerja telah diselesaikan.Barulah kerja mengawas Spm esok akan dilaksanakan dengan senang hati.Nasib baiklah saya bertugas di dewan kali ni.Ulser mulut yang mula menyerang sejak hari sabtu lagi belum juga baik.Nasib baiklah hari ni agak ok,tapi masih sakit.Nak bercakap pun tak selesa.Kasihan kepada anak2,selalu kena marah kerana banyak bercakap.Tak boleh nak bayangkan kalau kena bertugas di bilik darjah, macam manalah nak bercakap dengan mereka untuk beri arahan sebelum memulakan peperiksaan.Apa-apa pun tahun ni banyak certanya untuk diperbaik pada tahun depan.