Selasa, 16 Disember 2014

KD Corak Klasik di Dapur

Sepanjang tahun ni terasa tak bosan sangat berada di rumah sebab dinding yang kotor dah ditampal kertas dinding berpelekat.Kononnya cuti hujung tahun ni nak sambung menghabiskan kertas dinding yang banyak dibeli tapi kerja-kerja mendeko agak perlahan pula.Kerja-kerja di bilik bawah belum habis lagi kerana ada beberapa masalah yang menyebabkan mood nak mendeko jadi terbantut.
Petang semalam saja nak mencuba kertas dinding ni.Berkenan sangat,saya pun beli tapi tak tahu pun tempat nak tampal.Mengikut jurukedai Diy tu,corak ni corak klasik.Sesuailah tu dengan saya.Tak pasti pula macam mana kriteria klasik tu.
Alang-alang dah warna kuning di ruang makan,biarlah warna yang sama untuk ruang-ruang lain kecuali bilik.Maka,sebab itulah ditampal di dapur.Dah cacamarba jadinya bila di dapur basah warna hijau.Kalau nak diikutkan memang nak warna hijau tapi tak ada rezeki.Antara dinding dengan bawah kabinet,bawah kabinet dulu jadi tempat eksperimen.


Mungkin kena tukar kain renda hijau,baru nampak kehijauan di dapur..

Memandangkan kd yang ditampal dalam bilik tak dicantum corak,teruknya nampak.Macam nak buat semula saja.Makanya,corak ini perlu dicantum,kalau tidak buat sakit mata saja memandangnya.Memang boleh dicantum pun sebenarnya.Kena cari punca penyambungannya.
Banyak yang perlu dikorbankan untuk menyambung coraknya.Hampir separuh kena buang baru tercantum corak.Jadi,banyaklah kertas dinding yang perlu digunakan.nasib baik RM 8.50 saja untuk 5 meter di Mr Diy..

Isnin, 15 Disember 2014

Cuti-cuti,Mengemaslah Rumah(2)

Cerita bab mengemas rumah memang tak sudah-sudah kerana kerja-kerja mengemas tak dibuat sekali gus tapi sikit-sikit.Lama-lama selesailah juga tapi ruang ysng dikemas dulu mungkin dah bersepah semula.Hu..hu.hu.Nasiblah kalau begitu.
Hasrat nak mengemas bahagian kabinet ni dah lama ada hingga bakul hijau untuk simpan barang tu tak sabar-sabar nak beli.Dah tak boleh nak tunggu ke Mr Diy dah sebab tak pasti pula bila nak ke sana,makanya bakul tu dibeli di kedai berhampiran rumah saja.Harganya pun mahal sikit tapi tersimpan saja bakul tu beberapa bulan.
Bila orang pos entri mengenai mengemas rumah,...mulalah terfikir:dah lama tak mengemas terutamanya bahagian dapur belakang
Bila lihat cara orang mengemas,...ooo ada idea ni.
Bila tatap gambar rumah yang cantik dan kemas,
tak boleh jadi ni,saya pun boleh kemas sekemas macam ni juga,mulalah diri tercabar dan bersemangat nak mengemas.
Tak besar pun ruangnya tapi nak ada semangat untuk menyusun barang-barang tu tak pasti bila sedangkan masa lepas raya lagi bakul-bakul tu dibeli.Kabinet tertutup,bolehlah lupa pasal ruang yang serabut tu.Kalau tempat senang nampak,mungkin takkan lama keadaannya macam tu.

Tak sanggup nak tunjuk gambar tapi nak tunjuk juga untuk pertama kalinya...
Ada yang nak pitam bila tengok gambar ni?semua barang main letak saja

Botol kosong pun disimpan juga...huhu...


 Ada tupperware merah di atas bekas kaca.Terfikir sejenak,siapa punya ni?Sendiri beli pun tak ingat sebab lama tak digunakan...

Sebenarnya tak lamapun mengemas ruang ni.Sebelum ke rumah kakak,sempat lagi saya kemaskan bahagian ni.Sekadar mengemas dan membuang barang yang tak perlu.Untuk mengubah kedudukannya,perlu masa yang lain.

Bahagian bawah:
bolehlah macam ni.kurang sikit serabutnya...sepatutnya kabinet ni hanya ada barang-barang dapur saja tapi entah macam mana boleh tersesat barang-barang lain pula
Bahagian atas:
pengering rambut disimpan di sini untuk memudahkan suami mengeringkan bulu kucing setelah kucing-kucingnya dimandikan..Tupperware simpan bersepah saja kerana tak ada ruang khas untuk semua Tupperware yang ada..

Nota kaki:Mula terfikir, bersepahnya peralatan rumah.Kalau dapat buat satu tempat,senangnya nak cari...

Ahad, 14 Disember 2014

Jangan Bunuh Semut

corak yang dibuat oleh semut di dinding rumah salah seorang ahli fb yang dipos dalam fb deko...Subhanallah..corak sebelah kanan tu ada kalimah Allah..
gambar bawah:imej telah dibesarkan...
Bila melihat gambar ni,saya teringat perihal ini.
Kalau nampak semut banyak dalam rumah seperti yang pernah dipesan oleh nabi kita junjungan Rasulullah dulu kita ucaplah "Assalamualaikum rakyat Nabi Sulaiman a.s.. 
"Ini rumahku, Aku mahukan kebersihan, Kamu adalah makhluk Allah s.w.t. yang sentiasa berzikir kepada-Nya.. Jika kamu mahu membuat sarang untuk meneruskan hidup kamu, kamu hiduplah di luar rumahku yang berdekatan dengan rumahku agar kamu selamat".. 
Jika kita tak suka semut-semut berada di dalam rumah, kita jangan sembur ridsect/ sheildtox/bakar semut-semut tu. Kita tegur mereka dengan bagi Salam ke atas Nabi Sulaiman a.s. sebab semut-semut ni ialah rakyat Nabi Sulaiman a.s. Semut-semut ni juga serangga yang sentiasa berzikir kepada Allah s.w.t. sepanjang masa. Kisah semut ni pun ada di dalam Al-Quran.

juga sumber fb...