Jumaat, 8 Mei 2015

Menyusuri Sungai Mekong

Perjalanan dari hotel ke Sungai Mekong mengambil masa satu jam setengah apabila melalui lebuh raya yang baharu berbanding sebelum ini memakan masa dua jam.Lebuh raya yang baharu ini bebas daripada motosikal.Jika ada motosikal di jalan raya,kenderaan mesti berhati-hati kerana kebanyakan motosikal di sini dipandu perlahan.Kami dibawa oleh pemandu pelancong yang dipanggil Tu.Setelah selesai membeli-belah,barulah kami dibawa menyusuri Sungai Mekong.Di jeti,terdapat juga lot-lot kedai yang menjual pelbagai beg dan barangan cenderahati.Di Sungai Mekong,terdapat beberapa buah pulau dan kami singgah di salah sebuah pulau yang ada tapi saya tidak tahu pula namanya yang dihuni lebih kurang 3000 orang penduduk.Di sini,terdapat lagi gerai yang menjual pelbagai jenis beg seperti di jeti tadi tapi saya tidak pula cuba untuk membandingkan harganya.Di sini kami dijamu minum teh yang dicampur dengan madu selain dijamu buah-buahan dan melihat proses membuat gula-gula kelapa.Semasa dijamu buah-buahan,kami dihiburkan oleh penyanyi tempatan.Mereka juga ada menyanyikan lagu-lagu Melayu.
Kemudian,barulah kami dibawa menyusuri alur yang terdapat di pulau tu dengan sampan.Kebanyakan mereka berlumba-lumba untuk mendapatkan pelancong kerana tips yang diberikan oleh pelancong merupakan pendapatan mereka.Sampan yang kami naiki didayung oleh wanita yang agak berumur dan seorang lelaki.Semasa dalam perjalanan,sempat lagi wanita tersebut menunjuk rumahnya yang agak uzur di tebing alur.Tak pasti pula niatnya tapi memang timbul pula rasa simpati dengan keadaannya.Ternyata hidup mereka agak kedaifan tapi masih berusaha keras untuk mencari rezeki.




tangan mesti berpegang pada kayu itu untuk mengelakkan tercedera kerana sampan kerap 
berlanggar antara satu sama lain

alur yang sempit inipun masih boleh dimanfaat oleh mereka untuk mencari rezeki

hasil kerja tangan mereka 





menunggu buah dihidangkan

tips untuk penyanyi    





wanita gigih yang ada 5 orang anak..

masa perjalanan balik,kami dihidangkan air kelapa.buah kelapa dipotong oleh pemandu pelancong kami,seorang wanita.

Khamis, 7 Mei 2015

Kain Kapas..

Pada hari Sabtu,selepas selesai aktiviti di Sungai Mekong,kami dibawa ke gudang Tina ni.Inilah satu-satunya tempat yang besar dan luas saya kunjungi.Walaupun harga kainnya agak mahal sikit tapi puas hati menjamu mata menambah ilmu tentang kain kapas.Di sini,diberitahu sama ada kainnya mengecut atau tidak.jika membeli di luar,tak pasti pula perkara itu.Saya hanya membeli sepasang kain kapas Swiss sahaja dan sepasang baju kurung siap. Kainnya lembut.Cukuplah tu kerana tak mahu membazir.












Membeli-belah Beg di Sungai Mekong

Awal-awal lagi akak yang membawa kami ke HCM berpesan,"beg di Sungai Mekong sangat murah'.Jadi tanda tanya juga.Beg macam mana tu yang murah sangat?Saya tak endahkan pun kerana tak berhajat nak membuat koleksi beg.Bila sampai di tempatnya,wow...!Terujanya tapi saya tak juga membelinya kerana tak terfikir pun untuk berbuat demikian padahal ada beg dijual semurah RM 5.Bolehlah dibuat cenderahati tapi tak terfikir pula masa tu!Sekarang, dah rasa kecewa.Tempat ini tidak berapa jauh dari Sungai Mekong dan tempatnya agak tersorok.Tempat ini bukan di pulau yang ada di Sungai Mekong.Dah puas menjamu mata di sini,harga beg yang ada di pulau Sungai Mekong tak tertanya pula.
Mengapa beg di sini murah?
1.Kawasan ini mungkin kurang dikunjungi berbanding di Pasar Malam Ben Thanh 
2.Beg-beg ini ialah produk penduduk tempatan yang tinggal di pulau Sungai Mekong.Mereka buat dan pasarkan sendiri.

Beg kulit yang dijual di sini juga yang dijual di KL dengan harga hampir ribuan ringgit.Beg tangan daripada kulit buaya dijual RM380.




beg yang merah tu daripada kulit burung unta..RM 150/170.ada 3 lagi di dalamnya


beg ni dijual RM 5 sahaja


RM 20...