Ahad, 24 November 2013

Dapur Dulu dan Sekarang

Hari ni saya nak bercerita pasal dapur lagi.Dalam banyak ruang yang ada di rumah,dapurlah tempat yang paling saya suka.Anak-anak pun suka ke dapur.Si Akmal,pagi-pagi dah masuk ke dapur mengemas perkakasan dapur hingga di dalam laci,tempat letak botol dan sebelahnya dah tak boleh nak letak apa-apa.Ruang yang lain dah kena ikat pemegangnya.

Masa buat kabinet dapur dulu,tak terfikir nak habiskan ruang yang ada kerana kononnya nak letak meja makan sedangkan dah ada meja kecil tu.Penstoran,letaklah mana-mana tempat yang ada.Bila dah siap,dah terkena.Kononnya nak jimat,masalah pula timbul untuk letak air minuman,teh,susu anak,periuk nasi,mikrovef dan pinggan mangkuk yang dah kering.Lagipun,tak praktikal letak meja di situ kerana meja kecil dah ada.
disebabkan tak muat,terpaksalah penuhkan atas kaunter...semaknya mata memandang.kabinet bawah meja kecil tu saya letak barang-barang yang jarang-jarang digunakan

pandangan sebelah peti ais.tarikh tu salah kerana saya masuk rumah ni pada penghujung 2008

masalah tak akan selesai kalau tak buat sesuatu.makanya, ruang tepi tangga tu ditambah kabinet.bila dah buat baharu,masalah untuk cari permukaan kaunter yang sama pula timbul.corak yang seakan sama dah tak ada.terpaksalah buat warna merah

deko pun sesedap mata saja supaya tak bosan apabila masuk ke dapur.tak mahu sarat sangat


tempat simpan milo,teh, kopi dan balang biskut kaca


bawahnya tempat letak air masak.di belakng tu,botol-botol ditransitkan di sini sementara Akmal besar.bekas kaca tu dah lama beli,nak guna masa buat makan-makan di rumah,tak guna juga.buat isi air masaklah


disusun begini sebenarnya supaya Adib dan Akmal tak nampak dan tak main air ni


cawan yang diguna setiap hari di sebelah sinki.cuci cawan,tos di sini.dah beberapa tahun guna penggantung besi tu tapi tahan lagi walaupun kena air setiap hari

@@Nota kaki:buat kabinet dapur sebaik-baiknya diambil kira penstorannya sekali.kedudukan perkakasan dapur dah ada dalam kepala supaya tak timbul masalah tempat nak letak barang  









2 ulasan: