Ahad, 24 November 2013

Tampal Kertas Dinding

Hari Selasa,kertas dinding yang dipesan sudah sampai tapi tak tahu ruang yang sesuai untuk dipasang kerana semua ruang ada hiasan.Yang ada paku di dinding lebih sukar nak memasang kertas dinding kerana bila dah siap pasang kertas dinding,paku tu kena ketuk semula.Mesti dah tak sama yang asal.
Pada mulanya kertas dinding ni nak ditampal di ruang makan tapi bila beli tak cukup ruang dan terlupa bahawa ruang tamu warna biru,maka tak jadi nak gunakan kertas dinding ni di ruang makan.Masa buat pesanan,tak jelas pun warna sebenar kertas dinding ni tapi bila dah rambang mata,tak kisahlah asalkan cantik.Bila dah sampai,rupa-rupanya latarnya warna kuning cair,dalam gambar nampak macam kelabu saja.
Bila ditenung-tenung,ruang ini yang sesuai kerana kecil dan hiasan yang digantung guna skru yang dah ditebuk.Maka,operasi telah bermula pada hari Jumaat lalu.Akmal dijaga oleh abangnya di dalam bilik.Guna tak banyak pun dan masih ada satu gulung lebih lagi untuk ruang tangga.

ada harga lagi di besi penyangkut pinggan hiasan tu.sengaja tak buang supaya tahu harganya.

operasi bermula setelah melihat video.memang mudah tapi bila praktikalnya,masalah juga jika tak ada skil.bahagian ini agak susah kerana tepinya ada dinding

mesti samakan tepi dahulu,baru kertas dinding jadi lurus.bahagian atas tu mesti potong sama, tapi saya belasah saja.lupa,bahagian belakang ada garisan...

bila dah lekat,tarik saja kertas di bahagian belakang.tarik sikit-sikit supaya tidak melekat di dinding.


lepas tu,tekanlah permukaan kertas dinding supaya melekat.kalau tak sama,boleh tarik saja kertas dinding ni.cat tak terjejas dan mudah untuk ditanggalkan tanpa merosakkan dinding dan kertas dinding


sepatutnya gunting ikut garisan supaya senang nak luruskan tampalan.

dah siap.perhiasan tu mudah saja digantung semula kerana lubang yang ditebuk dapat dikesan kedudukannya.

bila dah siap,ada sesuatu sikit di bahagian bawah meja...

tampalan jadi renggang...

dah selesai masalah...tampal saja.tak nampakpun kesan...

6 ulasan:

  1. wow..senangnya nak pasang..beli kat mana tu

    BalasPadam
    Balasan
    1. add di fb...alamat ada dalam catatan sy berkenan dengan wallpaper.
      atau cuba cr NAK CARI WALLPAPER MURAH di fb

      Padam
  2. Wahhh..cantiknyer...puan beli kat mana slot kayu utk letak al-quran tu? Brrminat sangat saya nie.

    BalasPadam
    Balasan
    1. terima kasih...kayu tu sebenarnya nak menutup lubang di dinding tu.upah kontraktor yang buat kabinet dapur.inipun saya ambil contoh daripada majalah MIDI...siap koyak lagi helaian tu dan beri kepada kontraktor tu sebagai contoh..

      Padam
  3. Wah..cantiknyr...puan, dimana saya boleh dptkn slot kayu utk letak al-quran macam puan tue? Saya berkenan sangat..tq

    BalasPadam
    Balasan
    1. al-Quran letak di situ tak diusik oleh anak2 yg sedang membesar.selamat sangat di situ sebab tinggi

      Padam