Bekas seperti ini yang berwarna hijau saya beli
di Cosway kerana konon-kononnya nak buat susun atur alat tulis di sekolah. Tapi
disebabkan menang membeli dan alah memakai,agak lama bekas tersebut tersimpan
saja hingga lupa kewujudannya.Bila saya google untuk mencari bekas alatan
mekap,keluarlah gambar bekas ni.Barulah saya ingat bahawa saya ada membeli
bekas ni dan tidak digunakan lagi.
Makanya,bermulalah
proses mengemas buku-buku dalam almari yang ada untuk membolehkan saya
meletakkan bekas alatan mekap dengan selesa.Sebelum ini,bedak dan gincu hanya
diambil daripada beg tangan saja kerana hanya satu tu saja bedak dan gincu yang
ada.Krim muka pula hanya diletakkan depan
susunan buku dalm rak.Kalau tersalah cara ambil buku,memang akan jatuh dan
pecahlah botol pelembab muka.
Sebenarnya,saya tidak
ada pun alatan mekap yang banyak tapi hanya menggunakan bedak kompak,gincu dan
set krim muka saja.Makanya,memang letak agak bersepah.
bedak dan gincu kedua yang dibeli...tak perlu nak mencari bedak dan gincu dalam beg tangan setiap pagi apabila bersiap-siap nak ke sekolah
toner Nour Ain yang nampak tu...memang pakai set krim muka Nour Ain kerana tonernya tidak pedih apabila digunakan.Jika tidak guna krim muka,muka akan tak sekata dan berjeragat...
di tingkat atas yang berkunci lagi tu tempat alatan mekap yang tak seberapa tu diletakkan kerana Akmal suka sangat mengemas
Menulis tentang entri
mekap ni,teringatlah beberapa peristiwa perihal mekap semasa berada di sekolah.Kebiasaannya saya memakai
gincu yang agak nipis saja.Apabila ke kantin dan bersarapan pagi,gincu tersebut
akan tanggal.Jarang-jarang sekali mencalit gincu di bibir semula.Kebiasaannya
juga,saya akan sarapan dulu sebelum masuk ke kelas.Tapi hari tu jadual kelas
satu kelas ni agak awal menyebabkan saya
tak sempat nak makan dulu.Bila masuk ke kelas,adalah seorang pelajar
lelaki bersuara,”pakai gincu hari ni”.Saya yang mendengar kata-katanya tu hanya
buat-buat tak tahu.Malas nak melayan kerenahnya walaupun tak berkenan dengan
caranya.
Satu lagi peristiwa
yang berlaku pada tahun lepas.Pada hari tu saya berpuasa(dah lupa masa bukan
puasa atau saya berpuasa ganti)Memang gincu akan kekal hingga balik ke rumahlah
jika masa berpuasa.Nak dijadikan cerita,pada hari itu saya hanya mencalit gincu
saja tanpa melihatnya di cermin.Saya hanya mencalit gincu di bibir bawah saja
dan kemudian akan menekap dengan bibir atas untuk meratakan gincu tu.Masa saya
masuk ke kelas,seorang pelajar lelaki menegur,”peliklah hari ni cikgu.” “Kenapa
pula?” “Terang sangat gincu cikgu hari ni.” “Oh,ye ke?”Selamba saja saya
menjawab.Patutnya saya menjawab,”yelah,cikgu nak kamu bersemangat sikit belajar
hari ni.”Kemudian seorang pelajar perempuan bersuara,”orang perempuan,biasalah
macam tu.
Perbualan memang tak
melarat panjang kerana saya terus mengajar.
Bila habis kelas dan masuk ke bilik
guru,barulah saya melihat cermin. “oo…patutlah budak bersuara,rupa-rupanya
memang agak merah sikit pada hari ni.Dahlah berpuasa.” Kawan-kawan perasan.