Rabu, 30 Mei 2012

Dah Terdeko Inggerislah Pula

Cuti kali ini memang tak mood nak ke mana-mana sebab kertas peperiksaan banyak yang belum selesai, apatah lagi apabila Adib makin lincah sejak berambut pendek.Makanya, bertapalah di rumah sambil menanda kertas peperiksaan(belum mulapun lagi ni) dan mengemas rumah.Dah lama tak berkesempatan mengemas dapur sebegini.Sejak ada Akmal ni,nak buat kerja rumah agak terbatas.Bukannya tiada masa tapi asyik melayan kerenah dia hingga malas nak buat kerja-kerja yang sepatutnya.Masa tetap ada,cuma kena pandai mencari masa tapi selalunya sentiasa kalah dengan tuntutan badan.Bila nak mengemas tu,terperasanlah bahawa makin banyak hiasan ala Inggeris yang ada di ruang dapur.Makin terserlahlah gaya Inggeris di bahagian dapur tu.Tak bermaksudpun nak menggayakan deko Inggeris,tapi jadi ke arah itu pula denganadanya hiasan warna-warni yang diharapkan dapat menaikkan seri ruang tersebut.


tak tau tempat nak dipamerkan,di sini pun jadilah.dua lagi masih disimpan...

minat dengan warna hijau,maka belilah pinggan ni

bekas rempah ratus,warna hijau tak ada,beli yang ini,biar cria sikit dapur ni...

beli di Ikea.adik yang beri.tak tau nak buat apa,simpan ubat di dalam tu...


cawan-cawan kecil yang ada.tenggelam dengan barangan lain di belakangnya


mangkuk ni suka tengok sbb warna-warni.suka juga gunanya sbb dalam.tak belipun,hadiah bila beli Jacob dulu

mula-mula beli yang warna ungu sbb mug yang ada kecil di bahagian bawahnya,nak kacau air pun tak puas.bila tengok ada dua lagi warna lain,mengancamnya..

lingkaran di bibir gelas seakan jenama Portmoreion

Tiada ulasan:

Catat Ulasan