Gambar ni masa nak ambil SPM dulu.Meja-meja disusun untuk peperiksaan SPM pada tahun 1994 dulu.Tiba-tiba gambar ni jadi kenangan.Penghujung bulan 4 lepas, sekolah saya jadi tempat penggambaran sebuah filem.Atas dasar apa,tak pasti pula sekolah saya dipilih.Kesibukan mengejar masa kadangkala perkembangan sekolah tidak diketahui.Begitulah yang berlaku pada suatu pagi.Bila saya masuk ke satu kelas,saya dapati kelas tersebut berubah wajah yang agak ketara.Papan putih ditukar kepada papan hijau,meja plastik bertukar kepada meja kayu seperti dalam gambar di atas,meja yang sepatutnya 40 lebih hanya disusun 20 lebih sahaja.Hairannya..
Nasib baiklah mulut ringan bertanya.Rupa-rupanya kelas tersebut akan dijadikan lokasi penggambaran.Suasana sekitar 90-an yang ingin ditonjolkan dalam filem tersebut menyebabkan beberapa perubahan dibuat berbanding keadaan sekarang.Patutlah..Jika suasana 90-an,maksudnya zaman persekolahan sayalah.
wawa zainal antara pelakonnya.sekarang baru kenal siapa wawa...



Tiada ulasan:
Catat Ulasan