Jika anda suka menghabiskan masa menikmati suasana kampung yang tenang,pergilah ke Singgah Santai Resort di Hulu Langat.Laman webnya,http://dusuntua.com/listing-singgah-santai-resort-129.html.Nak buat link,almaklumlah tak pandai pula.Sekejap jadi,sekejap tidak.
Hari Sabtu lalu,saya telah ke sana untuk menghadiri Hari Keluarga anjuran pihak sekolah.KAlau saja suka-suka,takkan pergi kerana sekarang musim yang sibuk bagi cuti hujung minggu.Bercuti sebegini bukan cara untuk saya hilangkan stress kerana saya ada cara yang tersendiri untuk hilangkan stress.Saya lebih suka berada di rumah jika hujung minggu sambil mengurus rumah berbanding keluar bersantai-santai dengan meninggalkan banyak kerja rumah yang tidak dapat dilakukan.
Disebabkan kena hantar surat tunjuk sebab jika tidak menghadirinya,nikmat menghadiri Hari Keluarga memang tidak ada.Badan saja yang ada di Hulu Langat tapi fikiran tetap ada di rumah.Akmal dan Adib bersama ayahnya di rumah.Tanpa suami,susah nak kawal Adib.



Real Link : http://singgahsantai.co.cc/
BalasPadamterima kasih...
Padam