Bila bersembang dengan rakan-rakan tentang perbelanjaan anak-anak ke sekolah dan tadika,rata-ratanya mengatakan angka 700 tu sudah patut menggunakan khidmat pembantu rumah.Tapi,laratkah saya nak fikirkan tabiatnya yang pelbagai tu?Memang malas nak difikirkan masalah yang akan timbul angkara pembantu rumah,saya lebih suka melakukan kerja-kerja rumah dengan sendiri.Lagipun,saya memang tidak selesa jika ada orang luar di rumah.Mana-mana kerja yang boleh diupah seperti mengemas rumah dan menyeterika baju,itulah caranya untuk meringankan beban di rumah.
Sudah sebulan saya memandu kereta i10 ke tempat kerja.Memang selesa menggunakan kereta kecil.Sebelum membeli gen 2 dulu,saya berharap akan berani untuk memandu kereta tersebut di jalan raya.Namun,setelah cuba memandunya,ternyata kereta tersebut memang tidak sesuai dengan diri saya.Apa-apapun,tanyalah diri sendiri.Kita tidak boleh nak membandingkan diri kita dengan diri orang lain kerana setiap orang memang berbeza.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan