Isnin, 26 November 2012

Osman Baku

Anda tahu siapa Osman Baku?Tak tahu?Anda tidak menonton rancangan tv di TV2?RTM biasanya orang jarang(perkataan ini untuk baju jarang saja) jarang-jarang menonton rancangan di RTM?Mengapa?Stesen tv sudah banyak sekarang,jadi kita banyak pilihan.

Pada mulanya saya sendiri tidak tahu siapa Osman Baku tetapi setelah melihat sedutan rancangan tersebut,saya menunggu juga rancangan Osman Baku di TV2 pada hari Selasa jam 9.30 malam bersempena Bulan Bahasa Kebangsaan yang bermula pada bulan Oktober lalu hingga November..Terkesan betul dengan sedutan rancangan itu yang bertajuk SMS.

Pak Osman menerima sms daripada anak perempuannya yang memberitahu bahawa dia balik lambat sedikit kerana keluar dengan kawan.Beberapa perkataan yang disingkatkan menjadi tanda tanya kepada Pak Osman:kuar,slm,skit,kwn hingga dia merujuk kamus.

Paling mengejutkan,perkataan kuar bermaksud anak haram!Bertambah bengang Pak Osman.Hati-hati menggunakan bahasa.Sejujurnya saya sendiri baru tahu maksudnya apabila melihat sedutan rancangan tersebut.

Apa-apapun,Bahasa Jiwa Bangsa.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan