Ahad, 6 Julai 2014

PT3:Jiwa Jadi Celaru.

Sekarang ni sibuk setiap orang bercakap tentang PT3.Apa tidaknya,penghujung bulan Jun lalu guru-guru tingkatan 3 baru didedah dengan format PT3.Sekarang,dalam bulan puasa ni pelajar perlu menyiapkan kajian kes untuk sejarah dan geografi dalam masa dua minggu sahaja.Kedua-dua subjek ini dijalankan serentak pula tu.Dahlah selama berada di tingkatan 1 dan 2,pelajar-pelajar tidak didedahkan dengan kajian kes sebegitu.Nak buat kerja kursuspun tak tahu.Untuk sejarah,pelajar perlu menyiapkan satu rencana ang bertemakan perpaduan kaum.Nak hasilkan karangan pun bermasalah juga.Apabila sebut karangan,tidak semua pelajar boleh gambarkan apa kriteria karangan,inikan pula nak buat rencana.
Nampaknya setiap tahun saya agak sibuk pada musim puasa.Sebelum ini sibuk menanda kertas peperiksaan percubaan, sekarang akan sibuk juga untuk tugasan sejarah walaupun pelajar belum menduduki peperiksaan percubaan lagi.Kemudian,akan sibuk juga dengan pengendalian ujian lisan BM.PT3 memberi banyak bebanan tugas kepada guru.Tiada pembaharuan untuk tugasan cikgu dengan pengenalan PT3,bahkan beban makin bertambah.Semua proses untuk mengendalikan PT3 dilakukan oleh guru termasuklah kerja menanda kertas.Bayangkan setiap hujung tahun guru-guru agak kelam kabut untuk menyiapkan tugasan yang ada,kali ini ditambah pula dengan penandaan kertas PT3.Mana nak dibahagikan masa?Hujung tahun juga saya sibuk dengan  urusan pemulangan buku teks tingkatan 4.Harap-harap kerja hujung tahun nanti akan dipermudahkan.

Nota kaki:dah guru kerjaya yang dipilih,nasib baik suami tak bersungut apabila saya selalu ambil masa di rumah untuk membuat kerja sekolah dan selalu kerja pada hari Sabtu.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan