Isnin, 14 Julai 2014

Bekas Rempah-ratus Hijau

Wajah rak dan bekas rempah yang sempat dirakam.Sebelum ini,sudah beberapa kali menukar bekas rempah ratus tapi tak dirakam pula.
sikitnya bahan-bahan untuk masak...macam tak percaya macam ni
cuba menempatkan semua rempah di sini untuk memudahkan kerja memasak.guna saja bekas yang ada...

terfikir pula nak letak sekali botol-botol supaya kerja memasak makin mudah,tak perlu nak berjalan ke dapur kering untuk ambil kicap,sos jika diperlukan

masa cuti sekolah Mei yang lalu mulalah nak menghijaukan bekas rempah.beli mana-mana yang terfikir di Mr Diy tapi tak cukup pula.mood nak hijaukan bekas rempah terbantut pula apabila bekas tak sama saiz walaupun masih hijau.
letih mencari bekas rempah yang kurus seperti gambar tersenyum tu tapi tak juga jumpa-jumpa.hujung minggu pertama bulan puasa baru berkesempatan ke Mr Diy di Shah Alam.dapatlah beli bekas yang kurus tu.harganya RM2.50 setiap satu.yang sebelahnya RM 3.90,agak mahal kerana beli di kedai peralatan dapur yang biasa.alang-alang dah beli,guna sajalah...
botol-botol di bahagian bawah pula kerana rumahnya sangat tinggi,seakan tak selamat pula...belum sempat letak kicap dan sos lagi

bekas yang berpenutup tapi tidak kedap udara digunakan untuk garam,asam keping dan kunyit.bekas tu RM 3.30 di Mr Diy juga..




Sudah dilabel walaupun saya dah tahu kedudukan bahan-bahan masakan tapi sekali-sekala suami turun juga ke dapur...moga kerjanya di dapur akan menjadi lebih mudah.


nota kaki:masih di tahap percubaan untuk label-label tu.macam mana nak cuci bekas-bekas tu?apa akan jadi dengan tulisan yang disalotep saja tu apabila bekas tu dicuci?mesin laminat ada tapi malas pula nak gunakannya...

4 ulasan:

  1. senang nak buat keje kan...semua tersedia kat situ aje

    BalasPadam
    Balasan
    1. Memang senang...idea daripada rkn2 yg lain juga...

      Padam
  2. assalam sis. rak gantung spice tu beli kt mana? tq

    BalasPadam
    Balasan
    1. Rak ni beli di kedai peralatan dapur.jenuh juga mencarinya kerana nak 3 tingkat.

      Padam