Rabu, 9 Disember 2015

Cara Guna Double Side Acrylic Tape untuk Gantung Hiasan

Dalam fb deko,pelekat jenis ni selalu disebut-sebut.Makanya,petang semalam saya dapatlah mencari pelekat seperti ni.Beli satu saja sebab sikit saja pelekatnya sedangkan harganya mahal sikit berbanding dengan pelekat yang biasa.

Susahnya nak tarik plastik merah tu...

Bila dah buka plastik bahagian belakang,memang tak nampak gamnya.patutlah orang panggil double side tape jernih untuk yang ni 

Yang ini memang guna pelekat tebal yang biasa.

Kedua-dua pelekat ni sangat kuat.Dah lekat saja di dinding,memang susah nak buka semula.Memang reda sajalah bila gambar-gambar ni senget sikit.
Pelekat acrylic ni harganya mahal sikit.Mungkin sangat tahan untuk hiasan yang berat berbanding pelekat lain.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan