Rabu, 9 Disember 2015

Hasil Menjala di Romantika

Setelah dua minggu berkurung di rumah,semalam berjaya meloloskan diri ke Shah Alam untuk ke Romantika di Plaza Alam Sentral.Sebelum tu,kena pujuk Akmal dulu supaya dia tak ikut.Terpaksalah beli mainan untuknya.Bila dah sampai di Romantika,memang rambang mata.Ini sajalah hiasan yang kena dengan tema dapur dan berwarna hijau.
Cc tu memang terpaksa beli kerana itu saja yang warna hijau.Bukan minat cc pun.

Petang tadi dah tampal.Ammar jadi tukang pemerhati.Bolehlah macam tu.Nak guna pembaris air tu memang tak jumpa.



Sekarang dah penuh hiasan di dapur.Jangan cuba nak tambah hiasan lagi.

1 ulasan: