Selasa, 21 Oktober 2014

Beza Kertas Dinding Berpelekat Mr Diy dan BTL(Taiwan)





Saya masih kemaruk kertas dinding berpelekat.Yang sudah dibeli  tapi belum ditampal pun banyak lagi tapi hari ini sudah sampai lima gulung lagi kertas dinding.In sya allah,akan diusahakan dalam masa cuti yang masih berbaki ni.
 Semua corak kertas dinding berpelekat di atas ni saya beli di Mr Diy sebab teruja bila mengetahui murah,RM 8.50 dan RM 3.50 sahaja untuk satu gulung.Warna ungu tu untuk ruang menonton di tingkat atas.Warna hijau tu untuk bilik tetamu.Warna kayu tu untuk pintu tapi hanya sebelah pintu saja cukup masa beli tempoh hari.Rupa-rupanya kertas dinding ni ada juga dijual secara talian.Bila dah ada dijual atas talian,beli sajalah sebab kertas dinding di Mr Diy stoknya terhad.
Beza antara kedua-duanya,
1.Mr Diy tiada jenama tapi yang atas talian ditulis BTL daripada Taiwan.
2.Setakat ni hanya jumpa yang 5 meter saja di Mr Diy tapi yang atas talian 10 meter
3.PVC lebih nipis yang dijual di Mr Diy
4.Kertas dinding berpelekat dari Mr Diy sangat kuat gamnya.Tak ada lagi yang jatuh setelah ditampal berbanding corak hitam dan kuning dari BTL yang pernah jatuh dan sekarang nampak merekah.



beza sikit warnanya.

Nota kaki:Kertas dinding di Kaison tak pasti pula macam mana kualitinya kerana tak pernah membelinya.

15 ulasan:

  1. sis... nk tengok gmbar yang sudah siap boleh?

    BalasPadam
    Balasan
    1. projek ni masih terbengkalai kerana masa catatan ni dibuat,kertas dinding ni tak cukup...sekarang dah jumpa kertas dindingnya tapi masa tak mengizinkan...in sha Allah,bila dah siap saya akan buat entrinya..

      Padam
  2. Boleh bagi link utk beli secara online? Terima kasih

    BalasPadam
    Balasan
    1. saya kongsikan komen dlm entri yg paling atas di bahagian kiri tu...sis boleh tengok entri tu sebab byk iklan juga di situ...salam...pada sesiapa yg bminat untuk dpat kan wallpaper pvc ini secara online blh laa join group FB sy untk tgk lbh bnyk pilihan corak..name group NAK CARI WALLPAPER MURAH atau trs je wssp sy 0195141686 ZAIRI
      sy admin bg group tersebut

      Padam
    2. saya kongsikan komen dlm entri yg paling atas di bahagian kiri tu...sis boleh tengok entri tu sebab byk iklan juga di situ...salam...pada sesiapa yg bminat untuk dpat kan wallpaper pvc ini secara online blh laa join group FB sy untk tgk lbh bnyk pilihan corak..name group NAK CARI WALLPAPER MURAH atau trs je wssp sy 0195141686 ZAIRI
      sy admin bg group tersebut

      Padam
  3. mutu kaison sama dengan mutu wallpaper mr diy

    BalasPadam
  4. Sis..saya tertampal kertas dinding berpelekat mr diy ni pada cermin. Bagaimana ya cara nak menanggalkannya?

    BalasPadam
  5. Sis..sy tertampal pelekat dinding mr diy kat cermin tingkap pula..cmna ye nak tanggalkan?

    BalasPadam
  6. Kaison punya walpaper atau mr diy punya wallpaper lagi elok?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sy tak pernah guna yg Kaison.susah juga nak menjawabnya.tapi,pada saya di Kaison lebih baik kerana banyak pilihan dan saiznya besar..

      Padam
  7. Kepada yang bertanya tentang perbezaan kualiti antara wallpaper Mr DIY dan wallpaper Kaison, melalui pengalaman aku, wallpaper KAISON berkali-kali lebih berkualiti drpd mr diy. Kalau nak tahan lebih lama, melekat lebih lama, tahan cuaca panas, tak tercabut, senang nak pasang dan padankan corak, baik pilih wallpaper kaison.

    Wallpaper mr diy ni kalau kita tampal kat perabot macam meja, almari, semua tu mmg ok lah, tahan lama jugak. Tapi kalau tampal kat dinding mestilah kita nak corak dia matching supaya nampak kemas, kan, mmg susah nk padankan sbb kebanyakan corak dia mmg tak match. Pastu pelekat dia kalau tampal kat permukaan yg licin mmg tahan lama la, tapi kalau tampal kat permukaan yg tak berapa licin (aku tampal kat dinding plywood), lepas beberapa hari akn nmpk kertas tu mula nak tercabut. Berbeza dgn kaison punya, aku tampal kt dinding plywood bilik yg sama, dah berbulan masih kuat gam dia, xde tanda2 nk tercabut pun. Pastu senang nak padankan corak dia, x cam mr diy.

    So kesimpulannya, klu nk tampal kat perabot boleh la guna wallpaper mr diy, tp klu nk tampal kt dinding lebih baik pilih kaison. Klu ada masa aku upload gmbr kat blog aku..

    BalasPadam